Hojlund, Rashford mula beri sinar buat Manchester United
GANDINGAN Rasmus Hojlund dan Marcus Rashford mula menunjukkan petanda kesepaduan yang mantap dalam menjana gol buat Manchester United.
Itu reaksi pengendali Manchester United, Erik ten Hag, selepas kedua-dua penyerang tersebut menjaringkan gol ketika meraih keputusan seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford pada Isnin.
Gol pembukaan awal Hojlund minit ketiga sebelum itu dibatalkan Richarlison (m-19) sebelum Rodrigo Bentancur (m-46) menyamakan kedudukan sekali lagi untuk Spurs selepas Rashford (m-40) meletakkan United kembali di hadapan.
Sebagai rekod, Hojlund hanya menjaringkan dua gol manakala Rashford pula empat liga musim ini, namun pasangan itu sedang membina persefahaman apabila terlibat dalam membina jaringan masing-masing.
“Saya harap mereka terus maju dengan kemajuan ini. Anda lihat mereka akan datang dengan rutin – itulah yang diperlukan pasukan pada ketika ini.
“Anda memerlukannya di mana-mana tetapi terutamanya di barisan hadapan, di mana terdapat kawasan yang ketat dan keputusan pantas perlu dibuat. Dalam sekejap anda memerlukan keputusan yang betul, jadi anda memerlukan gerak hati itu.
“Apabila pemain hadapan anda tidak menjaringkan gol, ia membuatkan semua orang tidak selamat, bermula dengan pemain hadapan,” kata Ten Hag memberitahu pemberita.
Anak buah ten Hag selepas ini akan berkempen dalam saingan pusingan keempat Piala FA berdepan sama ada Newport County atau Eastleigh pada 29 Januari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!