Lelaki berang penerbangan ditunda serang juruterbang

Menerusi video yang dikongsi secara meluas di media sosial, penumpang lelaki itu meluru ke arah pembantu juruterbang dan memukulnya semasa pengumuman kelewatan penerbangan dibuat.
Menerusi video yang dikongsi secara meluas di media sosial, penumpang lelaki itu meluru ke arah pembantu juruterbang dan memukulnya semasa pengumuman kelewatan penerbangan dibuat.
A
A
A

NEW DELHI - Polis di India menahan seorang penumpang selepas beliau menyerang seorang juruterbang dalam sebuah pesawat yang mengalami kelewatan penerbangan di lapangan terbang Delhi pada Isnin.

Dalam video yang dikongsi secara meluas di media sosial, penumpang lelaki yang berang itu dirakam meluru ke arah pembantu juruterbang dan memukulnya semasa pengumuman kelewatan penerbangan dibuat.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Sahil Kataria, dipercayai marah dengan kelewatan penerbangan IndiGo selama beberapa jam.

Dalam video itu, beliau menjerit kepada kakitangan penerbangan agar membuka pintu jika mereka enggan menerbangkan pesawat.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu menggantikan kru penerbangan Delhi-Goa mengikut peraturan had tugas penerbangan selepas perkhidmatan itu ditangguhkan di New Delhi kerana kabus tebal, menurut laporan media tempatan.

Cuaca buruk di utara India telah menjejaskan banyak operasi penerbangan sejak Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!