Pelajar belajar guna elektrik secara berhemah

Pelajar SK Dato Laksamana Raja Mahkota, Perak diumumkan sebagai juara Pertandingan video kreatif ‘Bijak Tenaga’ TNB-Sinar Bestari bagi kategori sekolah rendah di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.
Pelajar SK Dato Laksamana Raja Mahkota, Perak diumumkan sebagai juara Pertandingan video kreatif ‘Bijak Tenaga’ TNB-Sinar Bestari bagi kategori sekolah rendah di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertandingan video kreatif ‘Bijak Tenaga’ TNB-Sinar Bestari mencapai matlamatnya apabila berjaya mengubah cara penggunaan elektrik pelajar sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan, Perak, Rohana Mohamed berkata, muridnya kini menggunakan elektrik di sekolah secara berhemah.

“Melalui pertandingan ini mereka semakin tahu cara untuk berjimat.

Rohana
Rohana

Contohnya, jika ada aktiviti Pendidikan Jasmani di luar kelas, mereka akan pastikan lampu dan kipas kelas tertutup.

“Pertandingan sebegini perlu diteruskan kerana dapat mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar.

Kadang-kadang di dalam kelas mereka diam tetapi tidak sangka ada yang mempunyai kebolehan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kreatif ‘Bijak Tenaga’ TNB-Sinar Bestari di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Komunikasi Luaran, Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Datin Ruslinda Ibrahim dan Editor Eksekutif Gaya Hidup Sinar Harian, Meen Tahrin.

SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan, Perak dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah rendah dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, diikuti SK Pandan Indah, Kuala Lumpur di tempat kedua yang menerima RM3,000 dan SK Putrajaya Presint 11 mendapat tempat ketiga serta berjaya meraih RM2,000.

Sementara itu, Sekolah Menengah (SM) Sung Siew (CF) Sandakan, Sabah menjuarai kategori sekolah menengah, manakala tempat kedua dimenangi Kolej Vokasional Batu Lanchang, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai, Johor mendapat tempat ketiga.

Pertandingan itu merupakan kolaborasi antara Sinar Bestari bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan berlangsung pada 23 Oktober sehingga 15 Disember 2023.

Guru SM Sung Siew (CF) Sandakan, Sabah, Usniati Mohd Umar berkata, idea untuk menghasilkan video diberikan sepenuhnya oleh pelajar dan beliau hanya membantu dalam proses pembikinannya.

Usniati
Usniati

“Saya bangga dengan pelajar.

Saya dapat lihat usaha dan kerjasama mereka dalam menghasilkan video ini.

“Semasa menghasilkan video, saya dapat lihat banyak perkara baharu mengenai penjimatan elektrik dapat mereka pelajari dan gunakan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!