Pengeksport ke Eropah, Amerika Utara terkesan perubahan laluan Laut Merah

Ketegangan di Laut Merah memberi kesan terhadap keselamatan banyak laluan dan memaksa syarikat mengubah laluan, mengakibatkan penghantaran yang lebih lama dan kos lebih tinggi. Foto AFP
Ketegangan di Laut Merah memberi kesan terhadap keselamatan banyak laluan dan memaksa syarikat mengubah laluan, mengakibatkan penghantaran yang lebih lama dan kos lebih tinggi. Foto AFP
A
A
A

HANOI - Firma Vietnam yang mengeksport ke Eropah dan Pantai Timur Amerika Utara dilaporkan terjejas oleh perubahan laluan Laut Merah, menurut Shinhan Securities Vietnam (SSV).

Menurut SSV, syarikat makanan laut dan tekstil yang tersenarai akan mengalami impak yang minimum, dengan kos pengangkutan mereka menyumbang kurang lima peratus daripada kos operasi keseluruhan.

Sementara itu, pergolakan di Laut Merah - laluan maritim penting menghubungkan Laut Mediterranean ke Lautan Hindi yang memudahkan aliran perdagangan dari Eropah ke Asia - telah menyebabkan peningkatan ketara dalam yuran pengangkutan, memberi manfaat kepada perniagaan pengangkutan maritim dalam jangka pendek, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Ketegangan berterusan di kawasan itu juga menyokong peningkatan harga minyak yang memberi kesan positif kepada syarikat huluan, penapisan minyak dan pengangkutan minyak.

Menurut beberapa pengeksport, beberapa syarikat penghantaran telah mengumumkan kos yang lebih tinggi untuk pengangkutan barang ke Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara lain mulai Januari 2024.

Mereka memberi alasan ketegangan di Laut Merah telah memberi kesan terhadap keselamatan banyak laluan dan memaksa syarikat mengubah laluan, mengakibatkan penghantaran yang lebih lama dan kos lebih tinggi.

Firma perkapalan besar seperti Yang Ming Line, One, Evergreen Line, HMM dan Maersk telah memaklumkan kepada pengeksport mengenai caj tambahan kerana mereka perlu mengubah laluan Asia-Eropah dari Laut Merah dan Terusan Suez. - Bernama-VNA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!