Thailand cadang haram ganja untuk kegunaan rekreasi

Kafe yang membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di Thailand. Foto AFP
Kafe yang membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di Thailand. Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Kerajaan baharu Thailand merancang meluluskan undang-undang baharu yang melarang penggunaan ganja untuk kegunaan rekreasi, selepas 18 bulan membenarkan penggunaannya dan menjadi negara pertama di Asia menyahkriminalisasikan larangan itu, lapor CNN.

Undang-undang yang dilonggarkan itu telah menyaksikan peningkatan industri ganja kepada penduduk tempatan dan pelancong asing.

Tetapi, kerajaan baharu Thailand berikrar untuk mengetatkan peraturan penggunaan ganja dan hanya membenarkan untuk tujuan perubatan sahaja.

Draf undang-undang yang dikeluarkan Selasa lalu oleh Kementerian Kesihatan Thailand telah menggariskan denda tinggi atau hukuman penjara sehingga satu tahun untuk pesalah atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, kerajaan juga mengalu-alukan makluman orang mengenai undang-undang tersebut.

Perdana Menteri Srettha Thavisin pada September menyatakan bahawa kerajaan baharunya akan 'membetulkan' undang-undang mengenai ganja dalam tempoh enam bulan akan datang.

Menghisap ganja di khalayak ramai adalah menyalahi undang-undang walau di bawah undang-undang yang dilonggarkan itu, tetapi undang-undang baharu yang dicadangkan ini turut mengharamkan kempen pengiklanan dan pemasaran ekstrak ganja serta produk ganja lain.

Difahamkan, Srettha secara lantang melarang penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi dan menyatakan dalam beberapa wawancara bahawa penyalahgunaan dadah adalah 'masalah besar' kepada Thailand.

Artikel Berkaitan:

"Kami sedang merangka undang-undang untuk melarang penggunaan ganja secara tidak betul. Semua penggunaan untuk tujuan rekreasi adalah salah," kata Menteri Kesihatan, Cholnan Srikaew. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!