55 kompaun larangan merokok dikeluarkan di Kelantan
Dr Zaini (berdiri) memberikan penerangan berkaitan penguatkuasaan larangan merokok di kedai makan kepada pelanggan Ayang Café pada hari pertama ia dikuatkuasa.
A
A
A
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 41 kompaun dikeluarkan terhadap individu yang merokok di dalam kedai makan.
"Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak tujuh notis juga telah dikeluarkan kepada pemilik kedai makan yang didapati gagal menampal tanda larangan merokok.
“Pada hari pertama sahaja sebanyak 26 kompaun diberikan kepada perokok yang tidak mematuhi arahan sedangkan papan tanda larangan sudah diletakkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, pihaknya juga turut mengeluarkan denda terhadap enam individu bawah umur yang didapati merokok dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 13 (1).
Dalam perkembangan sama, Dr Zaini memberitahu, satu kompaun dikenakan terhadap pemilik premis yang membenarkan orang merokok di dalam kedai makannya.
“Pemeriksaan ini akan dijalankan tidak mengira waktu dan lokasi. Kami juga akan masuk ke kampung-kampung untuk memeriksa kedai –kedai makan di kawasan ini supaya semuanya bebas asap rokok.
“Saya juga menasihatkan orang ramai terutamanya perokok untuk mematuhi arahan yang telah dikuatkuasakan ini untuk sama-sama memastikan keselesaan semua pelanggan,” katanya.
Katanya, sepanjang dua hari pemeriksaan yang dijalankan sebanyak 533 premis makanan telah diperiksa.
Sementara itu, seorang pemilik kedai makan, Nor Hazelizan Mamat berkata, dia sentiasa memastikan pelanggannya mematuhi penguatkuasaan larangan merokok kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.
“Pelanggan di sini sudah memahami arahan dikeluarkan oleh kerajaan.
"Setakat ini sekiranya mahu merokok mereka akan berada pada jarak yang sepatutnya,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!