36 imam dari China promosi pelancongan mesra Muslim di Pahang

Fadzli bersama 36 imam dari China yang singgah menunaikan solat zuhur di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bentong, sempena program ‘Imam Fam Trip: Discover Muslim – Friendly Malaysia’ pada Isnin. Foto Facebook Fadzli
Fadzli bersama 36 imam dari China yang singgah menunaikan solat zuhur di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bentong, sempena program ‘Imam Fam Trip: Discover Muslim – Friendly Malaysia’ pada Isnin. Foto Facebook Fadzli
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang berharap 36 imam dari Negara China dapat mempromosikan produk pelancongan mesra Muslim yang terdapat di negara ini khususnya di Pahang kepada jemaah masing-masing.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, perkara itu boleh dilakukan setelah kepulangan ke negara mereka.

Menurutnya, Kerajaan Pahang berbangga dapat menyambut kehadiran 36 imam dari negara China yang singgah menunaikan solat zuhur di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bentong, sempena program ‘Imam Fam Trip: Discover Muslim – Friendly Malaysia’ pada Isnin.

"Sebilangan imam ini adalah al hafiz dan fasih berbahasa Arab. Jika di China, jemaah masjid yang mereka wakili adalah sekurang-kurangnya 30,000 orang

"Sepulangnya ke China nanti, mereka akan mempromosi kepada jemaah masing-masing mengenai pakej pelancongan mesra Muslim yang terdapat di negara ini khususnya di Pahang," katanya dalam satu kenyataan di Facebook di sini.

Fadzli menjelaskan, kunjungan tersebut adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kepada Kerajaan Pahang yang cekap mengurus tadbir dan memajukan institusi Islam termasuklah universiti Islam, masjid, dan maahad tahfiz.

"Terima kasih kepada Islamic Tourism Centre (ITC) dan Tourism Pahang kerana bekerjasama melaksanakan program ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!