Polis belum terima laporan wanita dakwa kena gangguan seksual

Video tular memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki di Kota Damansara, di sini.
Video tular memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki di Kota Damansara, di sini.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis masih belum menerima laporan daripada wanita yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki di Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 46 saat dimuat naik seorang wanita di aplikasi X berhubung kejadian itu.

"Semakan mendapati tiada laporan dibuat oleh mangsa berkenaan kejadian itu.

"Kita menasihatkan mangsa untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan, kes disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohamad Fakhrudin berkata, walaubagaimanapun, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai polis berhubung klip video tersebut pada jam 4.37 petang Selasa.

"Ketika dia (pegawai polis) berada di pejabat pegawai penyiasat jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, telah terkesan klip video tersebut.

"Klip video itu memaparkan seorang wanita diganggu secara seksual oleh seorang lelaki menunggang motosikal sambil melakukan perbuatan tidak senonoh.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-79662222 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Magenderan di talian 017-3356810," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!