Ahli Parlimen New Zealand letak jawatan, didakwa mencuri di butik
WELLINGTON - Ahli Parlimen New Zealand, Golriz Ghahraman meletak jawatan hari ini atas dakwaan mencuri di kedai dan butik pakaian.
Ghahraman daripada Green Party kini sedang disiasat oleh polis atas tiga dakwaan terbabit.
Beliau yang juga jurucakap parti itu mengaku gagal mencapai standard diharapkan daripada ahli politik dan memerlukan masa untuk mengatasi tekanan dan kesihatan mentalnya.
"Tekanan berkaitan dengan kerja mendorong saya untuk bertindak di luar kawalan. Saya tidak cuba untuk memaafkan tindakan saya, tetapi saya mahu menjelaskannya," katanya dalam satu kenyataan.
Ghahraman, 42, kelahiran Iran, berpindah ke New Zealand semasa kecil bersama keluarganya apabila mereka diberikan suaka politik sebagai pelarian.
Selepas belajar undang-undang, Ghahraman menjadi peguam hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), bekerja di tribunal jenayah antarabangsa sebelum memasuki Parlimen pada 2017. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!