SkyBlox Setapak capai penarafan Qlassic 86 peratus

SkyBox menampilkan SkyWorld Development terhadap trend kehidupan bersama yang kian popular baru-baru ini.
SkyBox menampilkan SkyWorld Development terhadap trend kehidupan bersama yang kian popular baru-baru ini.
A
A
A

PROJEK perintis kediaman bersama oleh SkyWorld Development Berhad, SkyBlox @ SkySanctuary di Setapak mencapai rekod tertinggi penarafan Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan (Qlassic) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) pada 86 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Development, Lee Chee Seng berkata, rekod itu merupakan penarafan tertinggi yang pernah dicapai syarikat, menekankan kualiti mutu kerja pembinaan yang mematuhi Piawaian Industri Pembinaan (CIS 7:2006).

Menurutnya, SkyBlox ialah konsep kehidupan bersama inovatif yang pertama seumpamanya Kuala Lumpur, dengan reka bentuk pasang siap dan sistem modular membolehkan penyingkiran dan penempatan semula unit dengan mudah, memberikan fleksibiliti untuk pembangunan masa depan.

"Terdiri daripada 320 bilik dengan pilihan katil bujang, katil saiz queen atau katil dua tingkat, SkyBlox menawarkan ruang kediaman berkeluasan antara 106 kaki persegi hingga 160 kaki persegi (9.84 – 14.86 meter persegi).

“Unit turut dilengkapi meja belajar, kerusi dan penghawa dingin serta bersambung dengan bilik mandi yang memiliki pemanas air, manakala bilik terpilih mempunyai dapur elektrik dan peti sejuk dengan harga unit di SkyBlox bermula daripada RM780 sebulan,”katanya dalam kenyataan pada Selasa.

SkyBox terletak bersebelahan SkySanctuary Central Park, taman khas untuk kegunaan penduduk.
SkyBox terletak bersebelahan SkySanctuary Central Park, taman khas untuk kegunaan penduduk.

Jelasnya, trend kehidupan bersama semakin popular dalam kalangan golongan milenial dan SkyBox merupakan respons yang inovatif kepada permintaan tersebut.

“Ditambah kemudahan yang luar biasa dan komitmen teguh SkyWorld terhadap kualiti, SkyBlox bersedia untuk menjadi pilihan untuk belia, pelajar dan profesional muda yang mencari pengalaman kehidupan yang unik serta kontemporari,” katanya

Artikel Berkaitan:

Difahamkan selain penyediaan pelbagai kemudahan termasuk bilik permainan, dapur umum, ruang istirahat umum, dobi dan loker, SkyBlox terletak bersebelahan dengan SkySanctuary Central Park seluas 2.92 ekar (1.18 hektar), taman eksklusif untuk penduduk yang mempunyai tasik serta pelbagai kemudahan riadah.

Projek tersebut turut menerima pencapaian membanggakan apabila Anugerah Perak pada Anugerah Reka Institut Pereka Dalaman Malaysia (MIID) 2023 untuk Kecemerlangan Reka Bentuk, mengukuhkan kedudukannya sebagai mercu tanda pembangunan di Setapak.

Untuk maklumat lanjut tentang SkyBlox, sila layari www.skyworld.my/skyblox.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!