Nelayan maut terkena renjatan elektrik ketika baiki bot

Mangsa ditemukan meninggal dunia di atas bot di kuala Sungai Marang, Terengganu pada pagi Selasa. Foto Ihsan JBPM. Keadaan mangsa ketika ditemukan meninggal dunia.
Mangsa ditemukan meninggal dunia di atas bot di kuala Sungai Marang, Terengganu pada pagi Selasa. Foto Ihsan JBPM. Keadaan mangsa ketika ditemukan meninggal dunia.
A
A
A

MARANG - Seorang nelayan maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja membaiki dan membersihkan bot milik bapanya dalam kejadian di kuala Sungai Marang di sini, pada pagi Selasa.

Mangsa, Muhamad Zai Hisham Zaidir, 24, yang berasal dari Kampung Bukit Mengawan, Ajil, Hulu Terengganu ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian sekitar jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Razman Setapa berkata, siasatan awal mendapati mangsa keluar berseorangan untuk membaiki bot berkenaan sebelum ditimpa insiden tersebut.

Keadaan di lokasi kejadian ketika mangsa ditemukan meninggal dunia di atas bot di kuala Sungai Marang, pada pagi Selasa. FOTO: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Keadaan di lokasi kejadian ketika mangsa ditemukan meninggal dunia di atas bot di kuala Sungai Marang, pada pagi Selasa. FOTO: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Mangsa disyaki terkena renjatan elektrik daripada spotlight (lampu sorot) yang digunakan untuk memudahkan kerja-kerja membaiki bot.

"Mayat mangsa ditemukan meninggal dunia di atas bot berkenaan oleh bapanya pada pagi Selasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Selasa.

Menurut Mohd Razman, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dijumpai pada badan mangsa dan sekitar kawasan di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Keputusan bedah siasat dijalankan oleh pasukan forensik mendapati kematian berpunca akibat terkena renjatan elektrik (electrocution) dan kes ini diklasfikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!