Bekas Pengerusi Tabung Haji meninggal dunia
SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Hanafiah Ahmad, 87, meninggal dunia pada malam Isnin.
Berita kematian beliau dikongsi oleh TH menerusi satu perkongsian di Facebook pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, Hanafiah pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH (1977-1987) sebelum menjawat sebagai Pengerusi (1988-1992).
“Anggota Lembaga, Pengurusan dan Warga TH mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Haji Hanafiah Haji Ahmad telah kembali ke rahmatullah.
“Sungguh besar jasa Allahyarham kepada TH dan umat Islam Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!