Prabowo cuba 'bodek' penyokong Jokowi?
MEDAN - Calon presiden (capres) No Siri Dua, Prabowo Subianto kembali menzahirkan sokongan kepada menantu Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ketika berkempen di Medan pada akhir minggu lalu.
“Wali Kota Medan, Bobby Nasution layak memegang jawatan Gabenor Sumatera Utara.
"Orang ramai boleh membantah kerana berpendapat beliau masih muda tetapi ia boleh menjadi kenyataan selagi penduduk di provinsi itu mahukan beliau,” katanya pada acara yang turut dihadiri wali kota dan beberapa pemimpin parti politik.
Prabowo juga berikrar akan meneruskan projek Jokowi jika diberi mandat Presiden.
Pasukan Prabowo-Gibran adalah pasukan Jokowi dan tidak malu untuk mengatakan bahawa kami adalah kesinambungan daripada pemerintahan beliau.
“Kami mempunyai asas yang kukuh hasil kerja keras pemimpin terdahulu,” ujarnya.
Jokowi dikatakan telah memberi kepercayaan kepada Prabowo dengan membenarkan Gibran Rakabuming Raka, bekas Wali Kota Surakarta untuk bergandingan bersamanya pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024).
Impian Menteri Pertahanan itu untuk memegang tampuk pemerintahan negara semakin cerah setelah gagal bersaing dengan Jokowi pada 2014 dan 2019. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!