Gen Z-Milenial dominasi suara pengundi
JAKARTA - Pemilihan Umum (Pemilu 2024) diramalkan menjadi pentas bagi generasi Z dan milenial berdasarkan data Komisi Pemilihan Umum (KPU) yang menunjukkan 55 peratus pengundi adalah golongan muda.
Generasi berusia 20 hingga 44 tahun dijangka mendominasi suara pengundi pada pemilihan kali ini.
Susulan itu, calon-calon yang bertanding termasuk calon presiden (capres) perlu menyesuaikan strategi kempen mereka yang berbaki kurang sebulan sebelum hari pengundian pada 14 Februari depan.
Ketika ini kaedah kempen diguna pakai calon telah menyaksikan perubahan yang ketara.
Salah satu transformasi terbesar adalah berkempen melalui proses pendigitalan dengan memanfaatkan penggunaan media sosial dan platform dalam talian.
Proses pengundian yang dikuasai dua generasi itu bakal menjadi penentu kemenangan pada Pemilu dan anjakan paradigma kepada sistem demokrasi Indonesia. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!