Pelakon Captain America bunuh ibu kandung

Fitzgerald kini menghadapi tuduhan membunuh ibunya yang kini ditahan di penjara dengan bon jaminan AS$500,000 (RM2.04 juta) dan akan dibicarakan minggu hadapan.
Fitzgerald kini menghadapi tuduhan membunuh ibunya yang kini ditahan di penjara dengan bon jaminan AS$500,000 (RM2.04 juta) dan akan dibicarakan minggu hadapan.
A
A
A

KANSAS - Seorang pelakon yang memegang watak sebagai ‘Stark Girl’ dalam filem Captain America: The First Avenger telah ditahan pihak polis atas dakwaan membunuh ibu kandungnya.

Pihak polis telah menerima laporan berhubung ancaman bersenjata di lokasi kejadian sebelum menemui mayat ibunya, Patricia, 68, di rumah mereka di Olathe, Kansas dengan kesan luka tikaman pada tubuh mangsa.

Mollie Fitzgerald, 38, kini ditahan reman selama 11 hari kerana telah menyebabkan kematian terhadap ibunya pada 20 Disember tahun lalu.

Menurut sumber, Fitzgerald yang turut berada di lokasi kejadian telah dibawa ke hospital tempatan akibat mengalami kecederaan ringan, lapor TMZ yang memetik sumber.

Sementara itu, rakan suspek turut menyatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aktres tersebut memperlihatkan dirinya bukan dalam keadaan normal apabila pernah membuat tuduhan ‘tidak masuk akal’ terhadap ibu bapanya sendiri.

Peranan dipegang Fitzgerald sebagai ‘Stark Girl’ dalam filem Captain America: The First Avenger pada 2011 merupakan pengalaman terbaik dalam hidupnya.
Peranan dipegang Fitzgerald sebagai ‘Stark Girl’ dalam filem Captain America: The First Avenger pada 2011 merupakan pengalaman terbaik dalam hidupnya.

"Ia semua sangat paranoid dan pelik, jadi saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena," katanya.

Dalam pada itu, abang kepada Patricia, Gary Hunziker memberitahu, dirinya amat terkejut dengan kejadian menimpa adiknya yang telah dibunuh sendiri oleh anaknya.

Artikel Berkaitan:

"Kami saudara-mara dia amat terkejut. Tidak kira bagaimana cara dia tiada, namun kehilangan itu amat menyedihkan kami," katanya.

Dalam pada itu, suspek yang hadir ke mahkamah, semalam memberitahu hakim bahawa dia bercadang mewakili dirinya sendiri dalam kes tersebut memandangkan dia mempunyai ijazah undang-undang dari University of Houston.

Fitzgerald kini ditahan di penjara dengan bon jaminan AS$500,000 (RM2.04 juta) dan akan dibicarakan pada minggu hadapan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!