Terbuka India: Tiga beregu negara mara ke pusingan kedua

Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua badminton Terbuka India. Foto Bernama
Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua badminton Terbuka India. Foto Bernama
A
A
A

BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mengetuai dua beregu lagi melangkah ke pusingan kedua kejuaraan badminton Terbuka India di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi pada Selasa.

Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua kejuaraan Super 750 tersebut selepas menewaskan Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun dari Taiwan straight set, 21-12, 21-11 dalam masa 31 minit.

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai pula menyingkap kempen langkah kanan selepas menyingkirkan cabaran pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Soon Huat-Shevon mengesahkan kemaraan itu selepas mengatasi Gicquel-Delrue, straight set 21-12, 21-15 dalam masa 40 minit.

Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut mara selepas bangkit tewas 11-21 untuk mengatasi Annie Xu-Kerry Xu dari Amerika Syarikat, 21-17, 21-13 dalam masa satu jam 16 minit.

Bagaimanapun hasrat beregu lelaki, Man Wei Chong-Kai Wun Tee untuk mengikuti langkah dua beregu sebelum itu tidak kesampaian apabila terpaksa mengalah setelah tewas kepada wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi sejam.

Pasangan negara berstatus nombor 18 dunia itu yang menang set pertama 21-16, tewas dua set berikutnya 15-21, 13-21 kepada gandingan nombor tujuh dunia berkenaan.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang berstatus nombor 31 dunia tewas straight set kepada pemain nombor 16 dunia, Supanida Katethong dari Thailand, 10-21, 14-21 dalam masa 29 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!