800,000 penduduk di utara Gaza di ambang kematian


Penduduk di utara Gaza berdepan krisis kebuluran akibat dasar zalim rejim Zionis.
Penduduk di utara Gaza berdepan krisis kebuluran akibat dasar zalim rejim Zionis.
A
A
A

GENTING GAZA - Sebanyak tiga agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel supaya menyediakan akses bantuan yang lebih cepat dan mudah di utara Genting Gaza bagi mengelakkan krisis kebuluran dan penularan penyakit yang membawa maut.

Desakan itu dinyatakan Program Makanan Sedunia (WFP), Tabung Kecemasan Kanak-kanak PBB (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi kenyataan bersama pada Isnin.

Sebahagian besar penduduk Gaza bergantung penuh kepada bantuan disalurkan agensi antarabangsa.
Sebahagian besar penduduk Gaza bergantung penuh kepada bantuan disalurkan agensi antarabangsa.

“Pembukaan akses di pelabuhan Ashdod bersempadan utara Gaza amat diperlukan agensi bantuan. Perubahan aliran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu perlu dilaksanakan segera.

“Keputusan membenarkan agensi bantuan menggunakan pelabuhan itu membolehkan penghantaran bekalan dalam jumlah lebih besar yang kemudiannya dihantar secara terus ke kawasan utara yang terjejas teruk berikutan hanya beberapa konvoi mendapat akses,” katanya.


Beberapa kanak-kanak Palestin mengambil makanan yang diberikan secara percuma oleh badan amal.
Beberapa kanak-kanak Palestin mengambil makanan yang diberikan secara percuma oleh badan amal.

Sementara itu, Pengarah Serantau WFP untuk Asia Barat, Corinne Fleischer berkata, mereka berharap lintasan sempadan di utara Gaza dapat dibuka dalam masa terdekat.

“Oleh itu, kami dapat menghantar bantuan kepada penduduk Palestin tanpa sekatan memandangkan krisis makanan semakin buruk di kawasan tersebut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Pejabat Media Gaza, kira-kira 800,000 penduduk di utara enklaf itu kini berada di ambang kematian akibat dasar zalim rejim Zionis yang sengaja membiarkan mereka kelaparan dan kehausan serta diburukkan lagi dengan kempen pengeboman ganas tanpa henti.

Bekalan makanan semakin kehabisan berikutan akses bantuan yang terhad di Gaza.
Bekalan makanan semakin kehabisan berikutan akses bantuan yang terhad di Gaza.

“Sebanyak 1,300 trak makanan diperlukan untuk menangani krisis itu termasuk 700 lori penghantaran ke Bandar Gaza,” jelasnya sambil menambah komuniti antarabangsa, Amerika Syarikat (AS) dan rejim Tel Aviv bertanggungjawab penuh terhadap malapetaka dahsyat yang sedang melanda wilayah Gaza.

Pengarah Eksekutif WFP, Cindy McCain turut menzahirkan kebimbangan terhadap bekalan makanan yang semakin kehabisan di Gaza.

Penduduk Palestin sanggup beratur panjang demi untuk mendapatkan makanan yang diagihkan di kem penempatan sementara.
Penduduk Palestin sanggup beratur panjang demi untuk mendapatkan makanan yang diagihkan di kem penempatan sementara.

“Setiap jam yang disia-siakan menyebabkan banyak nyawa terancam. Krisis kebuluran dapat dielakkan jika penghantaran bekalan makanan mencukupi dan agensi terlibat diberikan akses selamat,” jelasnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!