Perhalusi lagi SOP konvoi kenderaan polis

LIDAH PENGARANG

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

INSIDEN kemalangan jalan raya di negara semakin hari semakin meningkat sama ada disebabkan oleh kesilapan manusia, mesin ataupun infrastruktur jalan.

Pernahkah anda berdepan detik cemas ketika berdepan dengan konvoi polis?

Apa yang sering berlaku ialah, pengguna jalan raya akan berdepan detik getir hampir merempuh kenderaan di hadapan ketika kenderaan yang sedang bergerak laju tiba-tiba diarahkan berhenti bagi memberikan laluan kepada pengalihan laluan semasa konvoi polis.

Bayangkan sedang kita sedang memandu, kenderaan di hadapan diberhentikan secara tiba-tiba.

Kalaulah kita tidak berwaspada ataupun cakna dengan keadaan semasa, sudah pasti kita akan melanggar ataupun dilanggar.

Tidak dinafikan ketika polis yang membawa motosikal pengiring lalu dengan laju sambil membunyikan siren boleh menyebabkan jantung berdegup laju.

Mungkin bagi mereka yang lemah semangat boleh menyebabkan mereka terkejut dan panik.

Pada September tahun lalu, dua maut manakala tujuh yang lain cedera membabitkan 12 kenderaan berlaku dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Persiaran Utara di Putrajaya masih segar dalam ingatan.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu membabitkan dua lori, enam kereta dan empat motosikal.

Akibat kemalangan, dua lelaki disahkan maut di lokasi kejadian manakala beberapa mangsa lain cedera.

Selepas kejadian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid telah membuat kenyataan bahawa tindakan pengalihan laluan tersebut mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sudah tiba masa SOP tersebut perlu diperhalusi lagi. Mungkin jarak pemberhentian kenderaan perlu diberikan masa yang lebih lama supaya kenderaan dari arah belakang mempunyai selang masa yang cukup untuk bertindak.

Data Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun lalu melaporkan satu kematian akibat nahas jalan raya direkodkan di Malaysia dalam tempoh setiap 90 minit tahun lalu dan Malaysia mencatatkan 545,630 kemalangan.

Statistik ini boleh dikecilkan sekiranya lebih ramai pihak mengambil tanggungjawab untuk menambah baik SOP dan sikap.

Tidak dapat dinafikan, pihak polis pengiring ada tugas yang perlu dilaksanakan dan tindakan pengalihan laluan semasa konvoi itu juga penting, tetapi nyawa pengguna jalan raya juga penting.

Sama-samalah kita jaga sesama kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!