Kos pengangkutan beri kesan harga barang di pulau

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Sim Chon Siang
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Sim Chon Siang
A
A
A

KUANTAN - Kos pengangkutan menjadi antara faktor utama menyumbang kepada isu harga barangan yang agak tinggi di kawasan peranginan terutamanya di pulau dan tanah tinggi.

Perkara itu satu realiti dan tidak dapat dielakkan terutama di pulau peranginan kerana hampir semua barangan pengguna dibawa dari tanah besar dengan kos agak tinggi.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, harga makanan dan barangan yang ditawarkan peniaga kawasan peranginan seperti di Pulau Tioman bagaimana pun masih munasabah dan terkawal.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan pihaknya di Pulau Tioman sebelum ini, harga barangan kawalan tiada masalah namun bagi harga makanan dan sebagainya agak tinggi kerana ia bergantung kepada peniaga.

“Saya lihat di Pulau Tioman situasi terkawal dan harga yang ditawarkan mungkin telah mengambil kira situasi menang-menang demi kepentingan kedua-dua pihak, peniaga dan pengguna di situ,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Chon Siang berkata, selain faktor kos pengangkutan, kebergantungan sepenuhnya kepada barang dari luar dan bekalan sesetengah barangan yang mungkin agak terhad di kawasan pulau juga menyumbang kepada isu harga itu.

“Permintaan tinggi kepada barangan tertentu juga turut menyumbang kepada isu ini disebabkan isu bekalan yang mungkin terhad dan tidak dapat menampung keperluan.

“Ini kerana penghantaran barangan ke pulau tidak dapat dibuat sepanjang masa sebagaimana di tanah besar ekoran beberapa faktor termasuk kekangan logistik dan keadaan cuaca.

Artikel Berkaitan:

“Semua itu menyumbang kepada harga barang tinggi di pulau peranginan terutama yang mempunyai penduduk dan menjadi tumpuan pelancong seperti Pulau Tioman” ujarnya.

Jelas beliau lagi, langkah peniaga mendapat bekalan barangan di peringkat runcit dengan harga yang lebih tinggi juga antara faktor kepada isu tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!