Beluru masih dijual di Pasar Siti Khadijah

A
A
A

KOTA BHARU - Kayu beluru atau bahan yang digunakan sebagai ‘syampu’ pada zaman dahulu masih ada permintaan dan dijual dengan harga RM1 seikat di Pasar Siti Khadijah, di sini.

Seorang peniaga, Mohd Firdaus Abdullah, 28, berkata, menjual bahan semulajadi itu yang diperoleh daripada pembekal juga penduduk tempatan dari Pasir Mas.

Menurutnya, kayu beluru mempunyai khasiat yang dikatakan dapat mencantikkan kulit selain digunakan sebagai ramuan tradisional oleh orang tua-tua.

Mohd Firdaus menunjukkan kayu beluru yang dijual. Foto SINAR HARIAN
Mohd Firdaus menunjukkan kayu beluru yang dijual. Foto SINAR HARIAN

“Setiap hari masih ada pelanggan yang datang membeli kayu beluru untuk digunakan sebagai perawatan tradisional seperti mandi bunga.

“Beluru sukar untuk diperoleh kerana pokoknya biasa tumbuh di hutan dan sudah tidak ramai menggunakannya kerana diganti dengan syampu moden,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Siti Khadijah, di sini, pada Selasa.


Kayu beluru. Foto SINAR HARIAN
Kayu beluru. Foto SINAR HARIAN

Ujar Mohd Firdaus, mereka yang masih mencari untuk mendapatkan beluru tersebut biasanya terdiri daripada pengamal perubatan tradisional dan wanita.

Artikel Berkaitan:

“Kini, ramai yang sudah tidak mengenali kayu beluru.

Mohd Asrul Faizal (kiri) membeli beluru dan bunga-bungaan untuk digunakan sebagai mandian tradisional. Foto SINAR HARIAN
Mohd Asrul Faizal (kiri) membeli beluru dan bunga-bungaan untuk digunakan sebagai mandian tradisional. Foto SINAR HARIAN

“Pelanggan-pelanggan di kedai saya sendiri pun kerap bertanya dan berasa pelik melihat kayu-kayu tersebut disusun untuk dijual,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Mohd Asrul Faizal Arifin, 42, berkata, kayu beluru juga boleh digunakan dalam rawatan tradisional untuk wanita selepas bersalin dan dapat memberikan kesegaran semula pada badan.

MOHD ASRUL FAIZAL. Foto SINAR HARIAN
MOHD ASRUL FAIZAL. Foto SINAR HARIAN

Katanya, beluru menghasilkan buih apabila digosok dan digunakan bersama-sama tujuh jenis bunga termasuk yang berbau wangi seperti ros.

“Kayu beluru mempunyai aroma tersendiri yang dapat memberikan rasa segar apabila digunakan.

“Bagi mereka gatal kulit atau kulit kepala berkelemumur juga boleh mandi dengan beluru, bunga dan limau purut,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!