Arab Saudi bergelut sebelum tumbangkan Oman

Pemain Arab Saudi meraikan jaringan penyamaan ketika berdepan Oman. - Foto: AFP
Pemain Arab Saudi meraikan jaringan penyamaan ketika berdepan Oman. - Foto: AFP
A
A
A

ARAB Saudi bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Oman 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan F, Piala Asia 2023 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Rabu.

Oman terlebih dahulu di hadapan menerusi gol penalti pada minit ke-14 menerusi Salaah Al-Yahyaei sebelum Abdulrahman Ghareeb menyamakan kedudukan untuk Arab Saudi yang terpaksa menunggu sehingga minit ke-78.

Dengan kedudukan terikat 1-1, Al-Bulayhi menjaringkan gol menerusi tandukan jarak dekat walaupun bendera penjaga garisan serta-merta dinaikkan kerana ofsaid, namun VAR menghadiahkan gol kepada pasukan Roberto Mancini.

"Gol itu adalah hadiah kepada rakyat Saudi," kata Al-Bulayhi.

Kemenangan itu meletakkan Arab Saudi kedudukan kedua kumpulan menyamai mata dengan pendahulu, Thailand yang menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam satu lagi aksi kumpulan F.

Dalam pada itu, pengendali Arab Saudi, Roberto Mancini menyifatkan Oman berdisiplin dalam bertahan dan pasukannya sukar untuk menembusi pasukan lawan selain mensia-siakan beberapa peluang terbaik.

"Separuh masa kedua lebih baik daripada separuh masa pertama, kami mencipta banyak peluang, kami mempunyai lebih banyak penguasaan. Jika anda mempunyai lebih banyak penguasaan, anda mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

"Oman bertahan dengan sangat baik. Kami tidak menemui penyudah yang pada mulanya tetapi kami mempunyai peluang dan kami menjaringkan gol kedua pada akhirnya," kata Mancini.

Artikel Berkaitan: