UPKK: Ujian Sirah hari ini ditangguh ke Selasa depan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan pada hari ini ditangguhkan kepada Selasa depan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, penangguhan itu dibuat susulan terdapat isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

"Jakim memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK di seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ujian yang sedang berlangsung.

"Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

UPKK diadakan bermula semalam serentak di seluruh negara bagi menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid Tahun Lima dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat serta Asas Lughatul Quran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!