Lelaki, wanita maut terperangkap dalam stor

Pasukan bomba bertindak membuka pintu bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bilik simpanan tong karbon dioksida.
Pasukan bomba bertindak membuka pintu bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bilik simpanan tong karbon dioksida.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dan seorang lagi wanita maut selepas terperangkap dalam sebuah stor menyimpan tong karbon dioksida dalam kejadian di kawasan pembinaan di Likas di sini pada Rabu.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa belum diketahui setakat ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Mohammad Hannis Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.22 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian.

"Menurut laporan terdapat dua mangsa lelaki dan wanita terperangkap dalam bilik simpanan tong karbon dioksida.

"Pasukan bomba segera melakukan operasi membuka pintu bilik tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan sebaik pintu berjaya dibuka, kedua-dua mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia," katanya.

Mohammad Hannis turut berkata, pasukan bomba kemudian menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!