Tarif air: Johor mahu penjelasan Kerajaan Pusat

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohamad Fazli
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohamad Fazli
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor masih menunggu penjelasan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan berhubung manfaat yang akan diterima rakyat di negeri ini, ekoran pengumuman pelarasan tarif baharu air berkuat kuasa 1 Februari ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pelarasan tarif air baharu hanya memberi manfaat kepada operator atau pengendali air di negeri ini, yang diuruskan syarikat swasta.

"Kita tidak manfaat terus daripada pelarasan tarif air sebab operator air di Johor adalah syarikat swasta, berbanding dengan negeri lain, operator di bawah kerajaan negeri sendiri, jadi mereka boleh dapat manfaat terus.

“Jadi untuk manfaat-manfaat seperti kita boleh buat empangan baharu dan sebagainya, kita perlu kajian lebih lanjut (daripada kerajaan Persekutuan),” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa bermula 1 Februari ini.

Pelarasan ini dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun.

Kenaikan 22 sen itu adalah purata jumlah kenaikan bagi setiap 1,000 liter air yang digunakan.

Tarif baharu air itu dijangka membabitkan caj bil naik dalam julat antara RM1.60 hingga RM8 bagi setiap kediaman atau lima hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 meter padu sebulan.

Artikel Berkaitan:

Penggunaan air domestik adalah dikesan sebanyak 237 liter per kapita setiap hari.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui kenyataannya berkata pelarasan tarif air ini akan dilaksanakan mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!