Zii Jia lulus ujian pertama di India

Zii Jia menewaskan pemain Kanada pada pusingan pertama Terbuka India di New Delhi pada Rabu. Foto Agensi
Zii Jia menewaskan pemain Kanada pada pusingan pertama Terbuka India di New Delhi pada Rabu. Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia boleh menarik nafas lega setelah melepasi halangan pusingan pertama Siri Jelajah Dunia kedua tahun ini di Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi pada Rabu.

Kejayaan tersebut diraih setelah pemain di ranking ke-10 dunia itu menumpaskan wakil Kanada, Brian Yang menerusi pertembungan secara straight set dalam tempoh 45 minit permainan.

Beraksi di Dewan Tertutup KD Jadhav, pemain kelahiran Kedah itu dipaksa bekerja keras pada set pertama sebelum menang 21-17.

Enggan mengalah pemain lawan yang menghuni ranking ke-24 dunia itu memberi tentangan sengit, namun pengalaman memihak Zii Jia yang menang 21-19.

Kejayaan berkenaan membolehkan Zii Jia menjarakkan kemenangan ke atas lawannya lima berbalas kosong.

Menanti Zii Jia dalam saingan pusingan kedua kejohanan berstatus Super 750 pada Khamis ialah antara pemenang Ng Ka Long dari Hong Kong atau pilihan kelima kejohanan, Jonathan Christie dari Indonesia.

Kemenangan itu juga menjadi pengubat duka Zii Jia setelah tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 minggu lalu selepas kalah kepada lawan dari China, Lu Guang Zu dalam pertarungan tiga set 21-16, 19-21, 15-21.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!