KitKat Golden Dragon meriahkan Tahun Baharu Cina

Casellas (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols (tiga dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran KitKat Golden Dragon yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

A
A
A

KITKAT dari Nestle melancarkan KitKat Golden Dragon iaitu coklat edisi terhad yang inovatif sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Produk baharu itu merupakan KitKat pertama di seluruh dunia yang menggunakan teknologi pemarmaran dan pemudaran (Farbling) untuk dihasilkan.

“Teknologi ini membolehkan penciptaan reka bentuk yang rumit, berilhamkan sisik naga mitos yang menyerlah dengan kombinasi warna-warna semula jadi dan terang dalam rona merah dan kuning keemasan.

“KitKat Golden Dragon merupakan edisi di luar kelaziman yang menampilkan perisa Zesty Orange yang lazat. Hasil kajian daripada Mintel menunjukkan bahawa perisa bermusim menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna, dengan perisa oren sebagai trend coklat bermusim yang utama, selain perisa lain seperti kurma, kranberi, malt dan salted caramel,” jelas kenyataan itu.

Casellas (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols (dua dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran KitKat Golden Dragon yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Confectionery, Carlota Casellas berkata, KitKat® Golden Dragon bukan hanyalah snek coklat biasa dan edisi terhad itu penting kerana Malaysia ialah pasaran pertama di dunia untuk melancarkan coklat KitKat® baharu dengan kombinasi teknologi Farbling.

“Kami teruja untuk membawakan pengalaman snek luar biasa kepada rakyat Malaysia dan mencipta detik-detik bermakna serta mengeratkan tali silaturahim bersama rakan dan keluarga,” kata Casellas.

Sementara itu, sempena sambutan perayaan, KitKat memperkenalkan rangkaian koleksi KitKat Golden Dragon edisi terhad termasuk pek tunggal empat Jejari edisi terhad baharu.

Artikel Berkaitan:

Sebagai sebahagian daripada rangkaian menarik ini, KitKat sangat teruja untuk memperkenalkan aiskrim KitKat U ZU, hidangan lazat yang disaluti dengan perisa yuzu, dilengkapi dengan wafer rangup dan oren kering di atasnya.

Casellas (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols (empat dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran KitKat Golden Dragon yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut diadakan ialah Peraduan KitKat LÓNGevity, yang berlangsung sehingga 20 Februari 2024, dengan pembelian coklat KitKat dan atau aiskrim KitKat bernilai sekurang-kurangnya RM10, peserta berpeluang memenangi hadiah menarik berjumlah lebih RM318,888.

Antara ganjaran hebat yang diberikan termasuklah dua kereta elektrik BYD Dolphin bernilai RM99,900 setiap satu, wang tunai dan e-baucar Grab bernilai RM88.

Dengan perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir, kami menjemput rakyat Malaysia untuk berehat sebentar bersama KitKat dan memeriahkan lagi sambutan tahun ini dengan KitKat Golden Dragon!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!