Drama Skuad JPJ bakal temui penonton April ini

Barisan pelakon yang akan membintangi Drama Skuad JPJ 2.0 bermula April ini di saluran TV1, RTM.
Barisan pelakon yang akan membintangi Drama Skuad JPJ 2.0 bermula April ini di saluran TV1, RTM.
A
A
A

DRAMA Skuad JPJ 2.0 menampilkan pelbagai aspek penugasan anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menemui penonton di kaca televisyen bermula April ini di saluran TV1, RTM.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara pihaknya bersama Mache All Star United Sdn Bhd di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya di sini pada Rabu.

Rospiagos (kiri) dan Arisz (kanan) ketika majlis menandatangani MoU antara JPJ bersama Mache All Star United Sdn Bhd di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya pada Rabu.
Rospiagos (kiri) dan Arisz (kanan) ketika majlis menandatangani MoU antara JPJ bersama Mache All Star United Sdn Bhd di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya pada Rabu.

JPJ menerusi kenyataan berkenaan turut memaklumkan drama yang merangkumi 13 episod itu akan memaparkan pelbagai babak tentang mesej keselamatan jalan raya.

"Skuad JPJ 2.0 bertujuan mendidik masyarakat terhadap pematuhan peraturan-peraturan jalan raya seterusnya menonjolkan tugas-tugas anggota JPJ.

"Penerbitan Drama Skuad JPJ 2.0 ini juga akan menampilkan artis-artis terkenal antaranya Aliff Aziz, Rashdan Baba, Meor Mohd, Sugein, Amyza Aznan, Trisya Oi dan Erin Shahira," katanya.

Rospiagos (kanan) bersalaman dengan salah seorang pelakon drama Skuad JPJ 2.0 ketika majlis menandatangani MoU dimeterai antara pihaknya bersama Mache All Star United Sdn Bhd di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya pada Rabu.

MOU itu ditandatangani Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Rospiagos Taha bersama Datuk Arisz Ab Rahman selaku Pengarah Urusan Mache All Star United Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!