Mahmoud Al-Mardi kembali ke Liga-M?

Mahmoud Al-Mardi (kiri) semasa membantu Jordan bertemu Malaysia pada pentas Piala Asia di Qatar pada pagi Selasa. Foto Persatuan Bolasepak Malaysia
Mahmoud Al-Mardi (kiri) semasa membantu Jordan bertemu Malaysia pada pentas Piala Asia di Qatar pada pagi Selasa. Foto Persatuan Bolasepak Malaysia
A
A
A

BEKAS pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mahmoud Al-Mardi dilaporkan berminat untuk kembali mewarnai Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025, namun destinasinya masih menjadi teka-teki.

Tonggak skuad kebangsaan Jordan tersebut yang berjaya meledak dua gol semasa membantu menewaskan Malaysia 4-0 pada aksi pembukaan Kumpulan E Piala Asia 2023 di Qatar pada pagi Selasa mula jadi perhatian peminat bola sepak tanah air.

Pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi laman X peribadinya pada Selasa menyatakan pemain Al Hussein SC itu mahu kembali bergandingan dengan bekas pengendalinya, Aidil Sharin Sahak yang kini telah bersama Kuching City FC.

"Mahmoud Al-Mardi beri bayangan kembali ke Liga Malaysia, difahamkan mahu bergandingan semula bersama coach Aidil Sharin," katanya.

Walau bagaimanapun, seorang lagi pemerhati sukan, T Avineshwaran menerusi ciapan di platform X pula menyatakan, Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain meminati corak permainan pemain tersebut.

Jelasnya, pemain yang beraksi di posisi sayap itu kembali mendapat perhatian bekas pasukan utara.

“Kedah berminat untuk bersatu semula dengan pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi.

"Jurulatih Nafuzi Zain adalah peminat pemain tersebut”, tulis beliau di laman X.

Pemain kelahiran Aqaba, Jordan itu pernah bersama pasukan Kedah pada pertengahan musim 2022 dan berjaya menjaringkan sembilan gol hasil 19 penampilannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!