Tular warta Sultan Kelantan tarik darjah kebesaran Mohammad Agus

Penarikan balik pingat itu berkuat kuasa 2 Disember lalu sebagaimana warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi Khamis.
Penarikan balik pingat itu berkuat kuasa 2 Disember lalu sebagaimana warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Tular sebuah warta kerajaan Kelantan mengenai penarikan balik Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang dikurniakan kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Penarikan balik pingat itu berkuat kuasa 2 Disember lalu sebagaimana warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi Khamis.

"Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

"Penarikan balik ini berkuat kuasa mulai 2 Disember lalu," katanya menerusi warta berkenaan.

Terdahulu, Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad sehingga kini belum berhasil.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!