Pengganti Maszlee perlu tegas, tidak tunduk dengan DAP

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Menteri Pendidikan yang berani, tegas dan bersemangat.

Naib Ketuanya, Shahrul Fadhel Abdul Aziz berkata, karektor itu penting bagi membuat keputusan menyelamatkan sistem pendidikan negara daripada fahaman kominisme dan liberal DAP.

Menurutnya, Menteri Pendidikan merupakan satu tugas berat dan jawatan itu tidak boleh dijadikan sebagai alat politik bagi pihak tertentu.

“Jangan perjudikan nasib jutaan pelajar dan penjawat awam di kementerian semata-mata untuk menjayakan langkah politik pihak tertentu dalam Pakatan Harapan (PH).

“Sebab itu, seorang Menteri Pendidikan yang kental dan tidak mudah tunduk kepada desakan 'nyamuk-nyamuk nakal' ini diperlukan sebagai pengganti Maszlee," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas mengenai peletakan jawatan Maszlee, Shahrul Fadhel berkata, Maszlee dilihat berseorangan dalam menghadapi isu dalam kementeriannya apabila rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) tidak membantu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!