Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Warga emas kaum Cina fasih dialek Jawa, Banjar

18 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 18 JANUARI 2024

Meskipun berbangsa Cina, seorang warga emas, Lim Ah Moi, fasih bertutur dalam bahasa Jawa dan Banjar, lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Keramahan Ah Moi atau lebih popular dikenali sebagai 'Suson' berbual dalam bahasa itu menjadikannya 'popular' setiap kali pelanggan singgah di gerai menjual kerepek yang diusahakannya di Pasar Awam Sungai Besar sejak lebih 10 tahun lalu.

Suson berkata, kelancarannya dalam dua bahasa itu bermula sejak kecil apabila menetap di Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam yang majoritinya penduduk kaum Melayu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645002/edisi/selangor-kl/suson-fasih-bertutur-bahasa-jawa-banjar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com