Terbuka India: Zii Jia mara ke suku akhir

Zii Jia menumpaskan pemain Indonesia untuk menempah slot suku akhir Terbuka India. Foto Agensi.
Zii Jia menumpaskan pemain Indonesia untuk menempah slot suku akhir Terbuka India. Foto Agensi.
A
A
A

PEMAIN perseorangan utama negara, Lee Zii Jia tenang meneruskan langkah positif apabila mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2024 di New Delhi pada Khamis.

Kejayaan tersebut diraih selepas mudah membenam cabaran pemain Indonesia, Jonatan Christie dalam saingan pusingan kedua di Dewan Tertutup KD Jadhav.

Pemain nombor 10 dunia itu mendominasi set pertama untuk menterjemahkan kemenangan 21-15.

Jonatan cuba bangkit pada set kedua, namun Zii Jia menjarakkan jurang mata 16-9 sebelum menoktahkan kemenangan 21-13 dalam kejohanan berstatus Super 750 itu.

Menanti Zii Jia dalam aksi suku akhir pada Jumaat ialah pemenang antara dua pemain Jepun, Kodai Naraoka yang menghuni ranking kedua dunia atau Takuma Obayashi.

Dalam pada itu, impian beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah untuk mengikut jejak langkah Zii Jia berada dalam kelompok lapan terbaik tidak kesampaian.

Pasangan nombor 12 dunia itu terpaksa akur tewas di tangan Namu Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun 16-21,13-21 dalam tempoh 44 minit permainan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!