Orang ramai diminta waspada, BNM tidak promosi skim pelaburan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya.

Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) hari ini, BNM berkata, tindakan akan diambil terhadap pelaku.

"Sentiasa ingat, BNM tidak mempromosikan mana-mana skim pelaburan. Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui http://bnmlink.bnm.gov.my,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!