Banjir: Satu PPS dibuka di Debak, Sarawak
KUCHING - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Millenia, Debak kira-kira 270 kilometer (km) dari bandar raya Kuching bagi menempatkan mangsa banjir.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS yang dibuka pada jam 1.30 pagi tadi itu menempatkan 30 orang daripada enam keluarga.
Mereka merupakan penduduk dari Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu.
Situasi banjir berlaku susulan hujan berterusan sejak semalam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!