Piala Asia: Stimac berang aksi India

Reaksi pemain India selepas tewas kepada Uzbekistan. Foto AFP
Reaksi pemain India selepas tewas kepada Uzbekistan. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI India, Igor Stimac kecewa dengan kesilapan mudah yang dilakukan pemainnya selepas tewas kepada Uzbekistan 0-3 dalam aksi Piala Asia pada Khamis.

Ia menjadi kekalahan kedua buat pasukan tersebut di pentas Piala Asia selepas tewas perlawanan pertama 0-2 kepada Australia.

Ia sekali gus menyaksikan The Blue Tigers berada di kedudukan terbawah Kumpulan B manakala Uzbekistan pula dalam kedudukan yang kukuh untuk layak ke pusingan seterusnya bersama Australia.

"Jika saya tidak mengambil kira dua gol daripada perlawanan ini yang disebabkan kesilapan mudah, saya boleh bergembira dengan prestasi pasukan," katanya.

Pasukan Uzbekistan berada di hadapan dalam tempoh lima minit di Doha, menerusi tandukan Abbosbek Fayzullaev pada minit keempat.

Kesilapan di benteng pertahanan menyaksikan India bolos kali kedua 14 minit kemudian menerusi Igor Sergeev sebelum Sherzod Nasrullaev mengeksploitasi kelemahan India menerusi gol ketiga pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Fayzullaev yang melihat peluang besar untuk Uzbekistan melangkah ke pusingan seterusnya menegaskan tidak takut menentang Australia dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka.

Australia sudah pun ke pusingan 16 terakhir hasil kemenangan 1-0 ke atas Syria. “

Artikel Berkaitan:

"Australia mungkin pilihan, tetapi permainan ini adalah 11 lawan 11.

"Saya tidak fikir kami adalah pasukan yang lebih rendah daripada Australia kerana saya mempunyai keyakinan penuh terhadap pasukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!