Mesir risau kecederaan Salah

Salah. FOTO: AFP
Salah. FOTO: AFP
A
A
A

JURULATIH Mesir, Rui Vitoria menegaskan terlalu awal untuk menyatakan sama ada Mohamed Salah akan dapat bermain semula dalam Piala Negara-Negara Afrika tahun ini selepas mengalami kecederaan ketika seri 2-2 dengan Ghana pada Jumaat.

Penyerang Liverpool itu dibawa keluar pada lewat separuh masa pertama perlawanan Kumpulan B di Abidjan selepas kelihatan memegang bahagian belakang kaki kirinya.

“Kami belum tahu apa masalahnya. Saya harap bukan masalah besar...Masih terlalu awal untuk menyatakan sesuatu.

“Salah adalah pemain yang menakjubkan dan pemain terbaik di dunia, jadi kami mahu dia sentiasa bersama kami, " katanya.

Penalti Salah pada masa kecederaan menyelamatkan Mesir daripada kekalahan mengejut kepada Mozambique dalam perlawanan pembukaan mereka dan Mesir turun menentang Ghana dengan hasrat mahu meraih kemenangan.

Black Stars yang dikejutkan 2-1 oleh Cape Verde pada perlawanan pembukaan membuka tirai jaringan melalui Mohammed Kudus pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Omar Marmoush menyamakan kedudukan sebelum Kudus meledak gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu.

Namun, Mostafa Mohamed memastikan Mesir memperoleh satu mata apabila penyerang Nantes itu menjaringkan gol untuk perlawanan kedua berturut-turut.

Artikel Berkaitan:

“Pemain kecewa selepas bolos pada penghujung separuh masa pertama...tetapi ia adalah bola sepak, kami mengubah minda pada separuh masa kedua, kami mengharungi perlawanan dengan tenaga positif.

“Bukan kerana Salah, tetapi kerana keputusannya tidak bagus. Reaksi dan komitmen pasukan adalah baik, tetapi Salah adalah pemain yang menakjubkan dan kami tidak boleh melupakannya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!