Tentera Libya dakwa tembak jatuh dron Turki
TRIPOLI - Tentera Kebangsaan Libya (LNA) mendakwa menembak jatuh dron milik Turki di Tripoli semalam, tidak lama selepas Jeneral Khalifa Haftar mengisytiharkan perang ke atas negara itu kerana menyokong musuhnya dalam konflik Libya.
Dron Bayraktar TB2 itu ditembak jatuh di selatan Tripoli selepas menyasarkan beberapa buah kenderaan milik NLA.
Kelmarin, Parlimen Turki meluluskan penempatan tentera, penasihat dan peralatan ke Libya untuk membantu Pakatan Kerajaan Kebangsaan (GNA), pihak berkuasa yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mengawal hanya sebahagian kecil negara.
Namun, jumlah sebenar penempatan itu tidak didedahkan kepada umum.
NLA pimpinan Haftar menguasai timur Libya dan sebahagian besar selatan negara itu, melancarkan serangan menawan ibu kota negara berkenaan pada April lalu.
Haftar yang disokong Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir menuduhTurki serta Qatar menyokong GNA.
Libya mula bergolak sejak kebangkitan pemberontakan yang disokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bertujuan menggulingkan pemimpin diktator, Muammar Gaddafi pada 2011. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!