Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal.
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal.
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal.

Pada jam 9.28 pagi, kontrak bulan semerta Januari 2024 merosot dua mata kepada 1,480.0, Februari 2024 dan Mac 2024, masing-masing susut 2.5 mata kepada 1,480.5 dan 1,466.5 serta Jun 2024 berkurangan 0.5 mata kepada 1,470.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,365 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,174 kontrak.

Pada 9.32 pagi, FBM KLCI meningkat 4.20 mata kepada 1,483.38 daripada 1,479.18 pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!