Susulan polemik melibatkan kuota kemasukan pelajar ke MRSM akhir-akhir ini, jawapan tuntas perlu diberi kepada khalayak tentang syarat kemasukan melibatkan status ekonomi pelajar adakah mereka perlu datang dari keluarga B40 atau tidak.Selainnya, kita tidak mahu potensi MRSM tersekat dengan polemik sebegini sebaliknya kisah-kisah kejayaan (success stories) alumninya dan lain-lain perlu diceritakan selain bagaimana menyebarkan manfaatnya kepada rakyat negara ini khususnya Bumiputera.