Kecoh sejak kebelakangan ini ura-ura wujud usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui apa yang dinamakan sebagai "Langkah Dubai".Bermula di platform media sosial melalui pempengaruh politik sehinggalah kepada pendedahan Timbalan Pengarah JKOM di media, kesahihan gerakan ini masih jadi tanda tanya.Selepas setahun Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, masihkah kita perlu menghadap polemik "tebuk atap" sebegini?