Nasi beriani jadi juadah pilihan Luqman di Jepun
PENYERANG negara yang kini berpangkalan di Jepun, Luqman Hakim Shamsudin ditemani rakan sepasukannya sedang menyesuaikan diri dengan suasana dan makanan di Jepun.
Tular satu gambar dari perkongsian rakan sepasukannya, Yutaro Yoshino di laman aplikasi X memaparkan Luqman sedang menikmati juadah nasi beriani di salah satu restoran India di Yokohama, Jepun.
Walaupun nasi briyani masih menjadi pilihan Luqman dan bukannya makanan tradisional Jepun seperti sushi dan sebagainya, mungkin itu adalah antara juadah yang boleh membuatkannya rasa dekat dengan kampung halaman.
Mungkin tidak lama lagi, kita boleh dengarkan Luqman mampu bertutur dalam bahasa Jepun selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. - Astro Arena
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!