[VIDEO] Lebih 500 penunggang RXZ sahut kempen 'Subuh Macam Jumaat'

A
A
A

KUALA NERUS - Kempen 'Subuh Macam Jumaat' berjaya menarik lebih 2,000 individu menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Wathiqu Billah, dekat sini pada Jumaat.

Ketika azan Subuh dilaungkan, kelihatan jemaah hampir memenuhi ruang solat masjid berkenaan untuk menunaikan rukun Islam kedua secara berjemaah.

Penganjur program RXZ Members Subuh Warrior, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, lebih 500 penunggang motosikal RXZ dari sekitar Terengganu datang ke masjid berkenaan seawal jam 5 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

Mohamad Faizal (kanan)
Mohamad Faizal (kanan)

"Usaha ini dapat menarik minat masyarakat terutama golongan muda datang ke masjid sekali gus menghidupkan suasana masjid pada waktu Subuh.

"Kita himpunkan anak muda supaya memenuhi ruangan masjid. Program pada kali ini juga diadakan pelbagai aktiviti termasuk solat tahajud (bagi mereka yang awal datang sebelum Subuh).

"Selain itu, solat subuh berjemaah, kuliah subuh, jamuan dan program riadah selepas Subuh di mana ada pergi melakukan aktiviti riadah seperti jogging, berbasikal dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian selepas program RXZ Members Subuh Warrior di sini pada Jumaat.

Ratusan motosikal RXZ ketika program RXZ Members Subuh Warrior,
Ratusan motosikal RXZ ketika program RXZ Members Subuh Warrior,

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ dicetuskan selebriti dan juga penyanyi, Alif Satar telah mendapat reaksi positif dan menjadi ikutan seluruh negara.

Mengulas lanjut, Mohamad Faizal berkata, gerakan solat subuh secara berjemaah itu akan diteruskan ke lokasi pilihan lain di negeri ini.

Mohamad Faizal (tengah berbaju putih) bersama jemaah lain ketika program program RXZ Members Subuh Warrior,
Mohamad Faizal (tengah berbaju putih) bersama jemaah lain ketika program program RXZ Members Subuh Warrior,

"Usaha ini tidak akan berhenti dan ia akan berterusan terutama pada bulan Ramadan di mana pelbagai aktiviti di adakan antaranya sahur berjemaah dan qiamullail untuk menarik jemaah mengimarahkan masjid.

"Selepas ini, kita akan bergerak ke masjid-masjid lain di sekitar Kuala Terengganu dan daerah lain.

Antara jemaah yang hadir menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Wathiqu Billah, dekat sini pada Jumaat.
Antara jemaah yang hadir menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Wathiqu Billah, dekat sini pada Jumaat.

"Kita mahu memastikan orang ramai menjadikan solat Subuh secara berjemaah ini sebagai rutin harian mereka sekali gus komited datang ke masjid setiap hari," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!