27 warga asing ditahan bekerja tanpa permit sah

Pihak imigresen negeri Johor menahan pekerja warga asing yang didapati bekerja tanpa permit yang sah.
Pihak imigresen negeri Johor menahan pekerja warga asing yang didapati bekerja tanpa permit yang sah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 27 pekerja warga asing ditahan dalam serbuan di 11 premis Pasar Borong Pandan di sini pada Khamis.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Johor Baharuddin Tahir, kesemua warga asing yang ditahan sempena Ops Selera, Ops Belanja, Ops Dandan dan Ops Kutip.

Katanya, kesemua yang ditahan melibatkan tujuh lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, 15 lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki warga Indonesia) dan seorang lelaki warga India berusia dalam lingkungan 20 hingga 47 tahun.

"Sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dan Kompleks Sultan Abu Bakar telah membuat serbuan di beberapa premis di sekitar pasar borong tersebut pada jam 11.40 pagi.

"Tindakan diambil susulan maklumat awam yang diterima menyatakan terdapat beberapa warganegara asing yang bekerja di situ tanpa pas/permit yang dah.

"Hasil operasi tersebut seramai 112 warga asing telah diperiksa dan seramai 27 lagi telah ditahan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebahagian pekerja warga asing yang ditahan dalam serbuan tersebut.
Sebahagian pekerja warga asing yang ditahan dalam serbuan tersebut.

Kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan dan Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, seorang warga Bangladesh ditahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu memberikan kebenaran kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) untuk berada dalam premis.

Sebanyak tiga notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu-individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan.

Jabatan Imigresen Negeri Johor akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan di negeri ini bagi membanteras isu kebanjiran PATI.

Tindakan tegas tanpa kompromi juga akan dikenakan terhadap PATI yang melanggar undang-undang serta majikan dan pemilik premis yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit kerja yang sah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!