Ikon reformis, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua mengakui perjuangannya dalam dunia politik masih belum berakhir meskipun telah dipecat daripada PKR yang menjadi ‘darah daging’ sejak menceburi bidang itu.Menurutnya, beliau kini lebih berminat untuk menumpukan kerja masyarakat dan 'berpolitik' dengan cara menyedarkan rakyat tentang hak serta mengambil bahagian dalam isu yang boleh mempengaruhi dasar kerajaan.Tian Chua berkata demikian dalam wawancara khas bersama Sinar Harian pada Rabu.