Dihukum penjara 50 tahun hina institusi beraja Thailand

Seorang penunjuk perasan memakai pelitup muka sambil memegang poster tertera nombor 112 yang merujuk kepada undang-undang lese-majeste ketika demonstrasi di Bangkok pada November 2021. Agensi
Seorang penunjuk perasan memakai pelitup muka sambil memegang poster tertera nombor 112 yang merujuk kepada undang-undang lese-majeste ketika demonstrasi di Bangkok pada November 2021. Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang lelaki Thailand berusia 30 tahun dikenakan hukuman penjara 50 tahun atas kesalahan mengkritik institusi beraja di negara berkenaan.

Mahkamah Rayuan di bandar utara Chiang Rai menjatuhkan hukuman itu terhadap Mongkol Thirakot yang juga bekas aktivis prodemokrasi berhubung status yang dimuat naik di akaun Facebook peribadinya.

Pada mulanya, Mongkol dijatuhi hukuman 28 tahun oleh mahkamah jenayah rendah, namun didapati bersalah atas 11 pertuduhan lagi semasa rayuannya yang membawa kepada hukuman lebih panjang.

“Mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman 22 tahun kepada Mongkol Thirakot ke atas 27 catatan Facebooknya, sebagai tambahan kepada hukuman 28 tahun yang telah dijatuhkan oleh mahkamah sebelum ini.

“Jumlah hukuman penjaranya ialah 50 tahun,” Thai Lawyers for Human Rights (TLHR) berkata dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut kumpulan pengamal hak undang-undang itu, ia merupakan tempoh penjara paling lama pernah dijatuhkan di bawah undang-undang penghinaan diraja.

Hukuman 'pecah rekod' paling lama itu dijatuhkan selepas beberapa tahun Thailand meningkatkan penggunaan undang-undang kontroversi terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi itu.

Sebelum ini, hukuman penjara paling lama dijatuhkan mahkamah adalah selama 43 tahun yang dikenakan ke atas seorang wanita pada 2021.

Artikel Berkaitan:

Undang-undang lese-majeste yang melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga terdekatnya daripada kritikan, sering dirujuk sebagai 112 di Thailand.

TLHR turut memaklukkan, Mongkol yang memiliki kedai pakaian dalam talian akan memohon rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Agung. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!