Kapal usia 50 tahun ditauliah semula, akan beroperasi 15 tahun lagi
19 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 19 JANUARI 2024
Dua kapal peronda (PC) yang usia melebihi 50 tahun, dinamakan Kapal Diraja (KD) Sri Sabah dan KD Sri Sarawak menerima pentauliahan semula, dijangka dapat beroperasi selama 15 tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, jangkaan itu dibuat selepas kejayaan membaiki pulih kedua-dua kapal terbabit dengan sistem dan enjin baharu.
Pihaknya menjangkakan kapal berkenaan boleh digunakan dalam tempoh 15 tahun dan akan terus menggunakan kenderaan tersebut sementara menunggu kapal baharu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com