Bekas juara dunia lompat galah meninggal dunia pada usia 29 tahun
Barber raih gelaran juara dunia pada 2015 di Beijing ketika berusia 21 tahun menerusi lompatan setinggi 5.90 meter, merangkul kejohanan dunia pertama buat Kanada dalam acara lompat bergalah. Foto AFP
A
A
A
Barber meninggal dunia di kediamannya di Kingwood, Texas, pada Rabu dan punca kematian belum diketahui.
Dia telah jatuh sakit dan mengalami masalah kesihatan untuk tempoh seketika.
Barber meraih gelaran juara dunia pada 2015 di Beijing ketika berusia 21 tahun menerusi lompatan setinggi 5.90 meter, merangkul kejohanan dunia pertama buat Kanada dalam acara lompat bergalah.
Lima bulan kemudian, dia memecah rekod kebangsaannya sendiri, menjadikannya lelaki termuda yang pernah melepasi halangan setinggi 6.00 meter.
Badan induk lompat bergalah World Athletics memaklumkan pihaknya 'turut bersedih" atas berita kematian Barber. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!