Wan Junaidi akan beri kenyataan dakwaan letak jawatan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan memberi kenyataan dalam masa yang terdekat berhubung dakwaan peletakan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara
Pegawai media Wan Junaidi ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat berkata, pihaknya enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan tersebut buat masa ini.
“Buat masa ini, kita tidak ada apa-apa komen sebab kita pun belum dapat sebarang arahan lagi tetapi jika ada, kita akan memberikan kenyataan rasmi.
“Kita pun masih menunggu tetapi kita akan cuba secepat mungkin,” katanya pada Jumaat.
Pada Jumaat, media melaporkan Wan Junaidi telah mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara untuk dilantik sebagai Gabenor Sarawak ke-lapan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!