Pindaan perlembagaan parti halang ahli alih sokongan boleh dipertikai di mahkamah

Wan Junaidi.
Wan Junaidi.
A
A
A

KAJANG - Tindakan sesebuah parti membuat pindaan pada perlembagaan masing-masing bagi menghalang ahlinya, terutama yang bergelar Ahli Parlimen, untuk mengalih sokongan kepada pihak lawan boleh dicabar di mahkamah.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana pindaan itu hanya boleh diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selain berpendapat kerajaan juga perlu meminda semula Akta Anti Lompat Parti bagi menutup kelompongan yang ada dalam akta tersebut.

"Apabila sesuatu parti membuat satu keputusan pindaan, hanya RoS yang (boleh) menentukan sama ada pindaan itu sah atau tidak selepas pindaan itu disahkan tetapi akhirnya, mahkamah yang akan tentukan sama ada pindaan itu mencukupi atau tidak.

"Pindaan kepada undang-undang adalah lebih baik untuk menangani perkara ini kerana ia lebih terperinci dan akan datang dari undang-undang itu sendiri daripada diterangkan di tempat lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan topik Akta Anti Lompat Parti dan Kestabilan Kerajaan di sini pada Jumaati.

Turut hadir Presiden MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.

Minggu lepas, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pindaan perlembagaan parti pada Januari tahun lepas menghalang Ahli Parlimennya membelakangi keputusan parti termasuk yang melibatkan sokongan kepada mana-mana individu sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, keahlian Ahli Parlimen UMNO yang menyertai sesuatu ‘pakatan’ yang tidak dianggotai parti berkenaan akan turut tergugur secara automatik.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Perlembagaan DAP dan Amanah juga menyatakan mana-mana wakil rakyatnya yang tidak mengikut arahan parti dalam isu asas akan kehilangan keahlian secara automatik. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!