Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara di Terbuka India

Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik (kanan) mara ke separuh akhir Terbuka India 2024.
Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik (kanan) mara ke separuh akhir Terbuka India 2024.
A
A
A

BEREGU nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan perjuangan Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka India 2024 Super 750 di New Delhi pada Jumaat.

Aaron-Wooi Yik yang berstatus nombor empat dunia tidak berdepan masalah menewaskan beregu nombor lapan dunia dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi menerusi straight set 21-19, 21-19 dalam masa 45 minit di Dewan Tertutup KD Jadhav.

Di separuh akhir, beregu negara menanti pemenang perlawanan antara Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (Denmark) menentang beregu dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Dalam pada itu, prestasi kurang konsisten sekali lagi menghantui pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia apabila terkandas di suku akhir.

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia

Pemain nombor 10 dunia itu yang cemerlang menumbangkan wakil Indonesia, Jonatan Christie straight set 21-15, 21-13 pada pusingan kedua gagal mengekalkan momentum itu.

Kali ini Zii Jia tewas kepada pemain nombor enam dunia dari Jepun, Kodai Naraoka, biarpun mula cemerlang menang set pertama 21-13 namun kesilapan mudah membolehkan Naraoka bangkit dua set berikutnya 21-9, 21-16 dalam masa satu jam 18 minit.

Sementara itu, cabaran beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai juga turut berakhir selepas tewas kepada pilihan kelima dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Artikel Berkaitan:

Soon Huat-Shevon Lai yang mara ke suku akhir selepas menewaskan, Cheng Xiang-Zhang Chi 26-24, 21-10 pada pusingan kedua pada Khamis disekat Zhen Bang-Ya Xin, straight set 13-21, 13-21 dalam masa 31 minit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!